Terbang bersama Malindo Air ke Kuching

4-6 Mei 2013 yg lepas berlangsunglah sudah trip keluarga ke Kuching. Trip saat akhir dirancang dalam masa sebulan setengah saat Malindo Air memulakan promosi untuk 2 destinasi pertama mereka iaitu Kuching & Kota Kinabalu. Memandangkan tahun lepas percutian keluarga sudah ke Kota Kinabalu pada Mac 2012, aku pun memilih Kuching sebagai trip simbolik untuk mencuba pertama kali syarikat bukan sekadar tambang murah, Malido Air ini.

Hari pertama 4 Mei 2013 (Sabtu)

Saat orang sibuk balik kampung utk mengundi, saat itulah jugak flight kami ke Kuching. Pukul 12 gerak dari Rawang singgah sebentar di Nilai Impian. Bagi AriqMirZafri susu & makan, letak kereta kat camellia court… Dalam pukul 2, ucu hantar kami ke KLIA . Jumpa cikma kat KLIA sbab dia keje pagi, jadi cikma tak payah patah balik umah dulu. Terus terbang je. Tiket cikma aku beli lambat masa najib bubar parlimen. Mula2 ingat nak terbang bersama isteri jer ke kuching, sekali dah beli tiket kami berdua.. Rasa nak bawak Ariq sekali. Memandangkan tak boleh beli tiket infant berasingan, maka aku beli jugak tiket utk mama & Ariq atas satu bookings itineraryđŸ˜‰ Yeay, Ariq terbang buat pertama kali. Tahun 2012 terbang dalam perut mummy, tahun 2013 terbang atas papa tummy! Haha
Sampai je kuching, iman n vivi sambut kedatangan kami di airport. Nasib baik ada sahabat sarawak, jimat airport transfer kami. Hehe. Mereka tolong hantar kami ke hotel utk check in. Sehari sebelum tu, isteri dah telefon utk bg tau hotel yg kami late check in. Booking hotel atas nama isteri pakai corporate rate company dia, booking ni jugak di buat oleh vivi melalui kawan dia. Vivi dulu sales manager kat hotel tu sebelum bekerja satu syarikat ngan isteriku cuma lain cawangan je..
Merdeka Palace Hotel & Suites, hotel 5 bintang cuma bangunan hotel sudah agak lama bertapak di Kuching. Betul2 berhadapan padang merdeka & beberapa muzium berdekatan di sekeliling. Agak terkebelakang dr waterfront, tapi tak jauh sangat utk berjalan cuma berpeluh sakan lah kalau kendong AriqMirZafri… Harbour View & Tune Hotels agak dekat dengan waterfront yang pernah aku menginap dulu. Dapat apartment suite 2 bilik tingkat 1003, agak besar jugaklah.. Cuma mungkin agak usang sebab yang menginap jarang2 kot. Agak cuak jugaklah sebab masa cari punya cari, tiada peti sejuk.. Yg ada mini bar bawah kabinet tv kat ruang tamu luar. Tapi mini bar tu rosak dan tak sejuk pulak…
Dan malam tu jugak aircond xberapa nak sejuk… Call reception, buat aduan takde peti sejuk & aircond tak sejuk.. Sekali naik manager on duty, hantar peti sejuk satu pintu.. Dan technician baiki air cond.. Katanya malam sikit sejuklah air cond ni..
Malam tu kami keluar dah dekat 9.30 mlm utk cari mkn mlm.. Dengan berjalan kaki, kami ke mall baru plaza merdeka.. Sangat dekat dengan hotel cuma sayang mereka pukul 10 tepat tutup premis perniagaan drp beroperasi.. Makanya aku je dpt mkn nasi ayam tanpa sup, yang lain ordernya diambik tapi akhirnya di batalkan saat akhir… Nasib baiklah depa ni dah shopping maggi n air kat supermarket… Dan kami pon doh bawak stok gardenia dr semenanjung..

Sambung hari kedua….20130510-224751.jpg20130510-224822.jpg20130510-224901.jpg20130510-224920.jpg20130510-224935.jpg20130510-225025.jpg20130510-225049.jpg20130510-225110.jpg20130510-225148.jpg20130510-225208.jpg20130510-225223.jpg20130510-225309.jpg

20130510-225343.jpg

20130510-225400.jpg

20130510-225417.jpg

20130510-225432.jpg

20130510-225451.jpg

20130510-225509.jpg

20130510-225532.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s