Malindo Air vs. PRU 13

Setelah sebulan stgh tempah tiket promosi Malindo Air, berlangsunglah percutian familia kami di Kuching. Satu pengalaman baru utk terbang bersama Malindo Air. Kali pertama ke Kuching dengan AirAsia bersama geng jalan2 FAHREN dlm tahun 2007. Kali kedua, 2011 dengan firefly airlines… Bersama geng debat dungun gigih… Dan kali ketiga bersama keluarga dengan syarikat bukan sekadar tambang murah Malindo Air…
Cerita pasal Malindo Air, satu syarikat penerbangan baru yang boleh disokong utk memecahkan monopoli syarikat2 penerbangan sedia ada spt AirAsia & MAS…. Sedangkan firefly diberi lesen utk terbang ke KK, kuching, sandakan sekadar beberapa bulan saja.. Semoga Malindo Air dapat bertapak dan bertahan lama di Malaysia…
AirAsia pon bermula dari zaman jatuh bangun, sebelum encik tony membelinya drp DRB Hicom… Dr 1-2 biji kapal, AirAsia dah ada beratus kapal siap ada subsi kat indo, thai, phil, japan… Etc.
airasia juga pada mulanya dulu bagi 15kg daftar masuk bagasi percuma dan akhirnya menjual setiap kg bagasi daftar masuk hingga kini, hanya 7kg bawa masuk bagasi dibenarkan…
Buat Malindo Air, tolonglah rebrand sikit.. Janganlah pakai logo LION AIR tu… Tak pasal2 sebarang insiden berlaku ke atas lion air, korang turut dikaitkan… Dalam korg punya IFE pon banyak pasal lion group indo… Bukan malaysia! Sbb korang x share partner ngan lion group msia.. Haha..
Utk korang nak terbang kemana2 tu, sila buat perbandingan harga dulu sebelum menempah tiket kapal terbang ke mana2 destinasi yg ingin ditujui… Dengan dua kapal terbang ni, malindo air baru terbang ke kuching & kota kinabalu… Tak lama lagi makin banyak destinasi, kata nak tandingi AirAsia. Kapal terbang boeing 737-900ER memang terbaik, Airbus A320 kebanggaan airasia tak boleh lawan. MAS pon baru ada edisi baru B737-800 kan?
Malindo Air punya kapal ada kelas ekonomi & bisnes. Kelas ekonomi dia sgt terbaik kerana, ruang tempat duduk sangat luas, ada skrin sentuh utk hiburan dlm kapal, ada snek ringkas iaitu air minuman botol kecik n kiut bersama sandwich perisa marjerin tuna kot, dan 15kilogram daftar masuk bagasi percuma… Yg mana airasia korang kena beli kalau nak daftar masuk bagasi dan makanan! Yg paling penting terbang dr terminal utama KLIA bukan LCCT! Cukuplah serba ringkas pasal malindo air, puji lebih2 kan nanti… Jadi mcm airasia pulak, awal2 cemerlang akhir2 ini macam2 ragam…
Tips kalau nak naik Malindo Air;
-bawak head/ear phone sendiri (baru leh layan in flight entertainment kat skrin tu) atas flight dijual rm15 satu set
-jgn risau kalau abis bateri smartphone, caj pakai usb port yg ada kat dpn seat
-kalau nak sandwich lebey, mintak je extra ngan pramugari kalau masih ada pax lebey😉

20130510-215837.jpg

20130510-215904.jpg

20130510-215936.jpg

20130510-220010.jpg

20130510-220044.jpg

20130510-220108.jpg

20130510-220135.jpg

20130510-220205.jpg

20130510-220350.jpg

20130510-220504.jpg

20130510-220534.jpg

20130510-221502.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s