Demam lagi…

Sekarang baru dirasai pengalaman sebagai ibu bapa sangat berharga…. Perkara yg paling merisaukan sbg ibu bapa apabila anak jatuh sakit demam dan perkara2 yg tak diingini berlaku.. Risau tu tak payah cakap, hati ini asyik memikirkan tentang kesihatan anak… Kami berdua hanya mampu berdoa kepada Allah Taala, agar anak kami diberikan kesihatan yg baik spt sediakala…
Bangun seawal pagi hari ini, Badan Ariq dr bahagian dada ke atas hingga kepala demam, check suhu dalam 38.5 kot.. Nasib baik Dr Azam ada bekalkan ubat bontot aka voltaren kepada kami… Pagi2 lagi dah kena makan ubat demam, ubat sakit tekak, ubat antibiotik dan sumbat ubat bontot…😉
Spt biasa, cabaran bila nak bg anak2 makan ubat bila dia dah pandai mengelak dan tahu apa yg perlu dimakannya ialah ubat… Haha!
Demam, selsema, batuk perkara kebiasaan utk bayi baru lahir dalam proses membesarnya… Bezanya bgaimana kita mengesannya, mengawalnya dan mencegahnya…
Bayi demam sebab kemungkinan ada bakteria, atau virus atau infection yg dikesan dalam badan dimana bayi perlu melawan sendiri… Bayi yg tak boleh bercakap apalah sangat yg dapat diberitahu?
Ariq demam malam lepas kami outing Ahad lepas kot.. Isnin sepanjang hari on n off demam… Selasa malam, demam kembali dan selasa pagi.. Kami berdua amik EL utk menyelia sendiri kesihatan Ariq… Ternyata badan dia on n off demam… Ingat nak bawak pegi klinik biasa je, tapi mummy Ariq risau dan nak bawak anaknya jumpa Dr.Azam jugak..
Sib baik ada emel dan internet, terus aky request GL utk outpatient specialist treatment buat Ariq drp MiCares utk appointment dgn Dr Azam ptg nanti… Kami x buat appointment pon, main walk in je petang tu.. Nasib baik xramai patient spt hari Sabtu!
Suhu badan panas, tonsil sedikit kemerahan mungkin punca Ariq Mirza demam panas on n off.. Maklumlah dlm badan bayi, ada bakteria jahat dan baik… Bakteria baik perlu selalu melawan bakteria jahat itu utk menguatkan antibodi bayi.. Bak kata Dr Azam dalam slot penaja di primadona… Haha!!
Nasib baik lah cuti hari ini… Boleh lah kami jaga Ariq dengan sepenuh hati dan secukup rasa kasih sayang.. Chewah’ haha! Merengek dan meragam jer dia… Susu pon lambat nak habis, makan pon sikit ..
Saat aku tulis ni.., baru lepas dodoikan Ariq tido dengan mummy dia skali tido… Tgk amazing race maraton haha..

Selamat hari pekerja 2013 dan selamat bakal berdakwat kekal ahad nanti…

20130501-165515.jpg

20130501-165532.jpg

20130501-165600.jpg

20130501-165617.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s