Saat PRU13 yang semakin hampir….

Besok, 20 April 2013 penamaan calon bagi dun dan parlimen utk pilihanraya umum kali ke 13. Semakin hari dengan pilihanraya, semakin banyak kontroversi yang kita lihat. Sebagai individu, kita perlu melihat dengan lebih teliti setiap isu2 yang dibangkitkan tentang parti yang bertanding, calon yang bertanding, kawasan yang diwakili, dan semestinya rekod serta jasa yang telah diberikan oleh mereka.

Semestinya mereka yang bertanding ini mempunyai satu keberanian untuk mewakili entiti masing2 dalam PRU13 ini. Sememangnya banyak benda yang perlu diubah dalam mempromosikan jatidiri parti yang diwakili masing2. Sepatutnya serangan secara peribadi tentang calon tidak patut berlaku, apatah lagi menggunakan sebarang idea atau taktik kotor untuk menjatuhkan lawan masing2.

Berbalik kepada ceritaku, malang kerana aku tidak dapat mengundi buat kali ke tiga pada PRU13 ini memandangkan ianya telah bertembung dengan perancangan kami sekeluarga utk bercuti di Kuching, Sarawak pd hujung minggu pilihanraya diadakan itu. Nak buat macam mana, memang orang akan cakap, mana lebih penting “Undi utk menentukan masa depan negara” atau “Keseronokan bersama keluarga” yang bila2 boleh dibuat lagi…

Bagi aku utk kali ini aku korbankan PRU13 utk cuti2 bsama keluarga ini. Ini kerana aku ini jenis yang merancang jadual aktiviti kerja dan cuti tahunan aku. Saat aku merancang utk bercuti ini, PM belum bubarkan parlimen pon lagi… Tup Tup 3 pril bubar parlimen, dan SPR umum tarikh pilihanraya pd 5 Mei…

Nasib badan lah tak dapat mengundi, isteriku pon akan mengundi buat kali pertama utk PRU13. Tetapi akan menjadi masalah juga buat kami suami isteri, sebabnya isteri dan mak mertua pangkah undi di kampung mereka, Kulim. aku sekeluarga pangkah undi di Besut…. Undi kami berpecah, nun di utara dan di timur. alih2 dari elok jadi pengundi kami jadi pemerhati PRU13 di malaysia timur, kuching🙂

malam ini, 19 april malam ayahanda (KU) akan balik kampung bersama keluarga kakanda (ABE).. semangat KU nak balik, sebab besok penamaan calon dan haruslah bermula hari selepas esok, KU akan sibuk berkempen sakan utk bulan purnamanya. Semoga Ku & keluarga Abe selamat pulang ke kampung dan kembali ke destinasi……

Sekian coretan hangat2 tentang PRU13🙂

 

20130419-210147.jpg

20130419-210210.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s