Balimoon Trip @ Jun 2012 with wifey & bestie ;)

Trip terakhir tahun 2012 sebelum isteriku melahirkan cahaya mata kami yg pertama pd Oktober nnt. InsyaAllah. Alhamdulillah, booking ini berjaya ditempah melalui promo air asia MYR165 pergi balik seorang dan kami pergi berempat😉. Siapa lagi dua, sudah tentu pasangan kawan baik iaiu suami isteri juga, Kayizhar & Ruzleen.

Buat diriku, kali ke dua menjejakkan kaki ke Bali, dan bagi mereka ini kali pertama jalan2 di Bali. Suasana di Bali sangat menghiburkan dan menyeronokkan. Pelbagai budaya dan dan bangsa datang dari segenap pelusuk dunia utk menghabiskan percutian mereka disini.

Masa pertama kali datang Bali, tak banyak tempat aku jejaki memandangkan kekangan masa dan tiada kenderaan utk bergerak ke sana ke mari. Tp trip kali ini, aku dpt hubungi supir yg sangat membantu, Nyoman😉 sungguh baik hati sekali membawa kami berempat ke sana ke mari dengan kadar rupiah yg berpatutan. Terima kasih Yan yg memperkenalkan Nyoman kepada aku sebelum sampai ke Bali.

Dulu aku datang di Bali seorang diri, tapi pasangan kawan baik suami isteri Hairul & Azna sudah menungguku disana. Mereka honeymoon buat kali kedua kot, aku menjejakkan kaki buat kali pertama ketika itu. Jimbaran & Tanah Lot tempat yang seharusnya dikunjungi bila di Bali. Masa itu kami menginap di TuneHotels Kuta. Hotel bajet tapi dengan kemudahan 5 bintang serta moden dr segi kelengkapan. Jimat belanja, sebab harganya sangat rendah dan luar biasa kalau ditempah bila waktu promosi.

Semasa bujang, tinggal dimana tidak menjadi masalah kerana memikirkan bila ditempat orang, fikiran hanya nak merewang-rewang ditempat orang. Hotel hanya tempat tidur dimalam hari utk hilangkan kepenatan diri serta merehatkan otak yg mengawal nafsu dari membeli itu ini.

Memandangkan flight kami petang dr LCCT, 3 jam setibanya disana sudah waktu malam. Jadi kami tidur di TuneHotels Legian utk 1 malam sahaja. Hotel ini kiranya percumalah sebab aku berjaya buat penebusan mata ganjaran sebagai pemegang kad debit visa Big Card. Esoknya dan sehingga balik, kami check in di Hotel Wina Holiday Villa, Kuta. Hotel ini restorannya dapat pengikitirafan halal dr majlis ulamak indonesia, jadi xmenjadi masalah utk makan di restoran lagenda nama diberi. Nasi goreng sedap sekali dengan harga yang kami rasa okay & memuaskan hati.

Masa ini, isteriku hamil 5bulan lebih dan banyak tempat nyoman bawak kami. Uluwatu, Tanah Lot, Ubud, Monkey forest, Mount Bator, Tasik Kintamani, Ladang Kopi, Dreamlandbeach, Jimbaran, Spa, Krishna, barong dance….. Dan macam2 lagi lah…

Sekian coretan aku utk Bali,moga kami dapat repeat lagi dan lagi, Tunggu Malindo Air terbang ke sini pula dr KL😉

20130417-170646.jpg

20130417-170655.jpg

20130417-170702.jpg

20130417-170707.jpg

20130417-170714.jpg

20130417-170721.jpg

20130417-170726.jpg

20130417-170731.jpg

20130417-170738.jpg

20130417-170746.jpg

20130417-170752.jpg

20130417-170758.jpg

20130417-170805.jpg

20130417-170811.jpg

20130417-170819.jpg

20130417-170825.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s