BFF trip to JB & Singapore Jan 2012…

Picture 211Picture 202Picture 191Picture 180Picture 165Picture 109Picture 069Picture 068Picture 057Picture 051Picture 042Picture 041Picture 037Picture 033Picture 018Picture 016

Woohoo, akhirnya berjaya juga ke Singapura. Bukan main ke Bandung, Bali, Bangkok, Jakarta, Phuket, Seoul… tapi SIngapura belum sampai lagi. Haha.

Alhamdulillah, berjaya jejakkan kaki buat kali pertama bersama2 isteri tercinta, HeeDayah & kawan baik, Kayizhar & Ruzleen..

Baru 2 bulan lebih kahwin, masih hangat lagi kisah perkahwinan kami… (wakaka, berangan macam artis. LoL)

Biasa lah, saya menjadi wakil agensi pelancongan utk trip ini….. Berjaya menempah bilik hotel di TuneHotels Danga Bay selama 4hari 3malam kot, kalau xsilap… kami tinggal je kat JB… 2 hari penuh jalan2 masuk kota singa jer…

hari pertama, biasa lah.. dah sampai.. check in hotel, sejujurnya kami suka menginap di TUneHotels walau dimana sahaja mereka berada… Bajet hotel tapi 5 bintang punya kelas… haha.. tapi bila ada anak, xleh dok kot TuneHotels.. sebab bilik x berapa luas! haha! tiada ruang lapang sangat utk yg berkeluarga… pasangan berkahwin tiada anak lagi, bolehlah menginap di sini..

Hari kedua, pagi2 lagi amik coach bus ke Universal Studios SIngapore (USS)…. biasalah tiket dah beli awal2 lagi secara dalam talian (skema kau) … murah sikit beb, ada 30 peratus diskaun utk pengguna maybankard kredit atau debit.. so dah beli 4 tiket dewasa… dalam 120 sorang kot…

Secara kesuluruhan, USS terbaik.. insyaAllah akan diulang lagi bersama anak2 kami pula, tapi bila besar sket lah, insyaAllah… pastu leh singgah kebanggaan 1Malaysia pulak, Legoland.. hehe! Puas hati seharian berkampung dalam USS tu…. dan resort world sentosa sekitarnya, kurang explore sangat.. penat!

hari kedua, explore singapura lagi….. pergi marina bay sands, merlion, orchard road etc….. cuaca hujan so xmeredah sangatlah kota singa tu… tapi sempatlah merasa nightlife di tepian marina bay sands sambil tengok pencakar langit kota singa di waktu malam dan pertunjukan air dan cahaya.. huhu! best2… gempak!

nak dijadikan cerita, masa kat USS sebelum tu, kami naik roller coaster human n cyclone apa ntah……….. Alhamdulillah my wifey pon gigih naik, sedang mengandungkan anak sulung kami… masa naik roller coaster tak tau preggie…. my baby is strong like us! 🙂

okay lah sekian coretan x seberapa trip singapura ini… ada masa, saya sembang lagi.. huhu!

 

 

 

Picture 203

Leave a comment