How i met my wife?

Entri ini sudah ada namun ianya hanyalah catatan peribadi yg masih segar dalam ingatan ini.. Recap 12.12.2009, flight air asia jam 6.55 pg ke Penang telah membuka lembaran baru dlm kehidupanku. Siapa tahu, kunjungan kali ini lebih istimewa dan bermakna apabila cinta pandang pertama mula terukir disini.
Kunjungan ke Penang kali ini adalah utk menyertai sahabat bernama Nurul Haryanti aka Yan ke majlis perkahwinan Fiezah Hassan di Utan Aji, Perlis dengan suaminya Zol Putra yg secara kebetulan sama tarikh kahwinnya dengan bekas rakan sekerja di RMCT, Salina dengan suaminya Amer di Alor Setar. Oh Fiezah, teman sepengajian kami semasa di UiTM Dungun (Nov 2000 – Okt 2003) dalam jurusan diploma pengajian perniagaan.
Kata Yan lagi, dia akan membawa rakan sepejabat menemani dia ke kenduri perkahwinan fiezah selain aku. Yan bekerja di satu firma guaman di Taman Semarak, Kulim sehingga kini masih menabur bakti di situ.
Tidak pernah meneka siapakah gerangan rakan sepejabat yg ingin dibawa bersama, lelaki atau perempuankah? Umur berapa? Dsb. Yang pasti yan mengambil aku dekat terminal feri butterworth setelah gigih naik rapid penang dr airport ke terminal feri georgetown.
Masuknya aku ke dalam kereta duduk dibelakang rakan sepejabat Yan manakala Yan memandu ke Alor Setar utk kami menghadiri majlis perkahwinan. Oh Ya, mestilah banyak cerita dan gosip yg ingin aku berkongsi dengan Yan, maklumlah lama tidak berjumpa..sebelum ke kenduri, Yan singgah amik teman lelaki dia Sukri kat Alor Setar..
Rakan sepejabat Yan, Dayah nama diberi, seorang pendiam & tidak banyak cakap pada pertemuan pertama kali. Namun diri ini rasa ingin mengenali & mendekati, rasa dari hati atau seruan dari Ilahi. Dua kenduri kahwin dihadiri, menjadi saksi pertemuan kami pertama kali hingga membawa ke jinjang pelamin… Kini menjadi suri dihati sehingga akhir hayat ini. InsyaAllah😉 Alhamdulillah rasa syukur ke hadrat Ilahi😉

20120219-145045.jpg

20120219-145112.jpg

20120219-145129.jpg

20120219-145138.jpg

20120219-145147.jpg

20120219-145201.jpg

20120219-145210.jpg

20120219-145242.jpg

20120219-145301.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s