Selamat Pengantin Baru Buat Kayizhar & Ruzleen!

Tanggal 27.03.2010, keheningan pagi di teratak no. 48 Bayu Damansara, pasangan Kayizhar & Ruzleen selamat diijabkabulkan oleh bapa Leen, Dato’ Rusley.

Dengan sekali lafaz oleh Kem, maka bermulalah pelayaran mereka bersama bahtera rumah tangga yang terbina atas dasar hubungan cinta yang utuh selama 3 tahun.

Mengenali Kem 9 tahun di UiTM Dungun tidak seakrab dan serapat aku mengenali Kem & Leen bersama2 3-4 tahun lepas…walaupun Kem merupakan junior 1 sem semasa kami belajar dalam Diploma Pengajian Perniagaan (DBS) satu ketika dulu…

Kami sama2 mengharungi liku2 persahabatan ini selama lebih kurang 3 tahun, kami dapat menilai sendiri siapa itu sahabat, bagaimana dan kenapa kita berkawan, mengapa dan kenapa ada lawan. Kami utuh dan tetap teguh bersahabat selagi hayat masih ada…terima kasih Kem, Leen, Ma & Ayie…🙂

Disamping mengenali mereka juga, aku mengenali Lan, Abg Man & Kak Midah anak2 sekeluarga, kawan2 kak midah, AKo & Tina, Faz dan seangkatannya…Tidak dilupa keluarga kedua2 belah pihak Uncle Rusley & Auntie Faridah dan kaum kerabat serta saudara mara yang lain, dan keluarga belah kem..

Syahdu pulak coretan aku, hehe :-p lupakan kisah aku mengenali mereka, jom kite terjah cerita cinta mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin…

alahai formal nyer tulisan aku, jom kita berblog bahasa rojak + pasar.. kalu ader slang byk tu, jgn marah yer kwn2… maklum lah kawe ni make budu & samba belace…haha!

kompemlah depa ni kapel 3 tahun doh, awal2 bercinta “biarlah rahsia” gok konsep diamalkan, apa orang kata semakin hari semakin sayang, makin lama makin kuart ikatan cinta itu.. chewah, jiwang pulok! hahaha… mereka pon perlahan2 kayuh hubungan cinta mereka dan semakin terbuka mengenai hubungan ini… aku, ma n ayie apa lagi… orang kuat ni.. menyokong penuh dan sentiasa doa yg terbaik buat mereka… yang paling penting dan tetap maintain, kami xkan lupa juga telah mengenali geng2 PELIT yang PELIK! hiks….panjang ceritanya! hahaha….

Kem n Leen ni buat “Surprise” dekat kami awal tahun haritu…aku dah dapat “bau” berita gembira ni.. cuba korek, tapi depa pandai simpan rahsia.. sehinggalah kami lepak kat Old Town Danau Kota, bermulalah jemputan ke majlis tunang mereka pd 27.02.2010. Aku dah agak da… hee…

Majlis tunang mereka, konpemlah meriah dgn kami2 yang cool calm n chill ni…. hee, perasan! aku dtg dr nilai, lambat sket smpi, tapi sib baik pengapit tidak diperlukan semasa majlis tunang, kalau x nahas! hehe…mcm2 cerita lucu berlaku ms majlis tunang mereka, cerita bob……”aku ingat esok”.. cerita mummy (ma nyer mom) “sama tapi x serupa”.. hee.. ayie ada masa ni..

pejam celik, semalam dan kelmarin selesai lah sudah majlis perkahwinan mereka belah Leen… Penat tapi seronok gila! Yang paling penting, pengapit lelaki “fotogenik”.. alamak perasan sudah!, pengapit pompuan “fotogediks” alamak terlebey sudaa… Faz, jangan marah, nanti ko cepat tua.. ~lalalala~ fakta bukan auta…jangan saman aku lak! heheh

Mlm sebelum nikah, sambil g amik baju melayu 1 lagi kat umah leen sempat gak melepak tapi x sempat lepak ngan kem.. aku faz n leen siap main UNO lagi.. balik2…tunggu punya tunggu kol 2 gak, nak tunggu baju melayu 1 lagi keluar dr mesin basuh umah abg aku.. huhu!

Semangat hari Sabtu itu, bangun awal, gosok 2 pasang baju melayu.. packing brg2 dan baju…bermulalah kisah hujung mgu yang penuh keseronokan…

Pagi, majlis nikah di rumah pengantin perempuan.. aku smpi awal! faz mmg tdo umah leen pon.. pastu ma n didik menyusul….dan yg lain2! aku g jemput pengantin laki kat padang tu beb.. haha dgn payung amassurance yg buruk itu, itulah satu2 nya payung yg ada dlm kete aku.. kui kui..

selesai majlis, kenyang makan… kami pon rehat2 dan tukar baju… geraklah kami konvoi beramai2 ke dewan raja muda musa, seksyen 7 shah alam… dewan exam hall aku 5 tahun lepas….dewan besar, nice pelamin, nice decoration……..kami bekerjasama meletakkan bakul besi bunga telor yang comel itu bersama2 telur….

Masing2 dah x larat beb, sume dah penat.. almost kol 5ptg…kami pon check in bilik dekat quality hotel shah alam… tq mayor, courtesy of mayor shah alam… pengantin baru dpt suite tingkat 24… kami dapat bilik side by side.. 3 bilik kat level 20… petang tu sempat minum petang kat syed Plaza alam sentral sama dengan kem, arif dan khalis,sambil tapau untuk depa2 di atas…kem kata lapar, rupa2 nya dah makan & order via room service… ceh! hahaha

dah maghrib, semua bersiap2…. kami gerak dulu dengan MyVi 10 series.. hahaha! pengantin menyusul kemudian dengan 5 series.. sib bek dapat parking dalam area dekat ngan dewan…sebab kami pengapit kete belakang jurugambar.. haha! walaupun xder sticker khas…

Sebelum majlis bermula, faz dah mula berangan dengan kipas berbulu ala opera cina.. wakakaka! faz kena lagi, jangan marah… sib bek sumenye selesai… hehehe, jumpa dawai walaupun x jumpa getah rambut khalis! keh keh…

Majlis bermula dengan meriah sekali…..VVIP, VIP dan tetamu yg dtg sungguh ramai sekali, masing2 senang hati dapat meraikan pengantin baru dekat di hati… Adalah cacat cela “here” and “there” tapi “nobody’s perfect”…. kelemahan dan kekurangan itu kita tak mintak pon, tapi kita merancang Tuhan yang mengatur dan menentukan segalanya yang telah sedang dan akan berlaku…

Yang penting balik bilik “black out” hahaha!! tah apa2 tah quality hotel… pengantin baru suka lah gelap2.. hehehe! xdapat aku nak study exam pg besok… (poyo je) kah kah!

Pagi tu, bekpes ramai2 sama ngan leen, kem, ma, didik n faz….. aku g exam.. depa sambung tdo kat bilik… ooooo dengki r! haha.. semoga aku lulus dengan cemerlang exam itu! hohoho…..

aku faz ma n didik check out dulu.. lan n the gang late check out… dlm kol 2.30 gak smpi bayu dsara… lepak2 lunch kat situ….sambil santai2 sembang2…… petang tu siap tinggal kete kat bayu.. lepak ngan reen makan n minum kat tesco.. walk through the curve.. park at cineleisure… pergh! haha…. pastu g amik ayol kat villa dsara… kami pon beli belah n lepak santai kat pasar mlm TTDi….. lepak kat kaki lima je gang.. ada beranik? hahaha!

mlm follow leen n kem g bertandang.. hehehe… umah atok kat kg baru.. umah acik enon/acik nodin kat ampang…. begitulah kisah sabtu dan ahad yang penat yang amat tetapi menikmati keseronokan yg sangat padat…

Buat Mohd Kamarul Izhar Abdullah & Ruzleen Fazida Dato’ Rusley.. selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.. Semoga bahtera yang telah terbina kekal bahgia buat selama-lamanya.. InsyaAllah.. Amin.

p/s: x sabar2 nak rasa masakan leen kat umah sri gombak.. hehehe!

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s