“Dating is primary, Weddings is secondary”

Itulah ungkapan yang diberikan oleh pak hairul irwan suami kepada azna abdullah, kedua2 nya teman baikku..untuk kunjungan ku ke Penang pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu.

Aku tidak menafikan yang “Comment” kat FB itu amat bersesuaian dan sedikit tidak lari dr matlamat asal ku ke Penang… Hee🙂 dah nama buah hati kat Utara, kenalah turun selalu lau berkesempatan…

Kunjungan kali ini ingatnya, pd 13hb mac tu nak g kenduri kawin Fauzi kat jelutong, penang… dipendekkan cerita, program tersebut dibatalkan atas sebab2 musabab yang tertentu… hanya aku, si dia, Yan & Sukri saja yang tau..kan Yan? huhu! Fauzi tu budak batch aku masa degree BCA kat UiTM shah alam dulu.. hehe!

Jadilah program 13hb mac itu, jalan2 di Penang….. diorang pick up aku kat airport pon dah kol 12 lebey…sebab Yan pick up Sukri dulu dkt stsn bas Butterworth dr Alor Staq…huhu! sebab dah dimaklumkan sehari lebey awal ttg pembatalan ke konsert jom heboh, eh silap… ke kenduri kawin Fauzi.. makanya aku tlg book tiket tgk wayang awal2 lgi tgh hari tu… Disebabkan aku x pernah lagi menjejakkan kaki ke Queensbay Mall yg gah cantik itu… hanya lalu beberapa kali saja sebelum ini, maka tengoklah Alice in Wonderland (bukan 3D) di GSC situ.. wayang kol 1.50.. makan pon kat situ gak! 2-3 hari tu dah tgk gak ALice 3D sama ngan jimmy, eric liza n zrol ka tgv klcc… hehe! So so lah citer ALice, Avatar lagi gempak kot.. Upin & Ipin lagi kelakar kot.. hahahaha!

Atas permintaan aku, lepas je kuar tgk wayang kami keluar dan Yan membawaku ke Hard Rock Hotel & Cafe kat batu feringghi penang…… dapatlah masuk jalan2 dan bergambar kan… asal jejak kaki sudah! hahaha! cukup syarat…. hee.. otw ke sana dan balik dr sana hujan……mengerikan tgk pembangunan di pinggir bukit sepanjang jalan bengkang bengkok ke Feringghi…

Pulanglah kami ke Tanah besar via feri Pulau Pinang.. terima kasih ke DJ Suraya Borhan yang memutarkan lagu pilihanku “2 Better Than 1” dr Boys Like Girls&Taylor Swift ek di HotFM petang ketika itu.. semasa kami Q nak naik feri balik ke Butterworth.. Suraya ni kawan satu batch masa sama2 belajar dip dulu, walau lain course.. penah sama2 aktif dlm kelab debat dulu.. hehe!

Dekat kol 7 lebey smpi Butterworth, pulanglah Sukri ke Alor Setar dengan bas… kami pon geraklah balik ke KUlim… buat pertama kali aku bermalam di Kulim…… Sebelum check in…sempat lah singgah pasaraya MInang… eh silap, pasaraya Minat.. tersohor di Kulim sebelum kemunculan Giant… hahaha! teman depa shopping… pastu, pi hantar si dia ke rumah dekat Tmn Selasih… dup dap dup dap jantung berdebar, alang2 dah hantar.. kenalah mengadap kan.. turun dan masuk rumah…jumpa mama si dia dan adik dia… jumpa adik x kisah sgt, jumpa mama dia yang suspen… Alhamdulillah, first impression always gives the best conclusion… Penerimaan mama si dia terhadap aku sgt memberangsangkan dan aku rasa bersyukur yang aku diterima seadanya.. hehehe!

Dah dekat Maghrib, pihak Kulim Inn pon dah call… tp apasal x smpi2 ni walau dah kata late check in…. check in lah aku kat Kulim Inn dalam kol 8 mlm… fully booked siot… siap ada yg walk in nak check in … receptionist ckp dah penuh! huhu… Kulim kekurangan hotel yg elok2 sket.. huhuhu! Okaylah not bad hotel dibawah pengurusan pihak berkuasa tempatan.. majlis perbandaran Kulim kedah hahaha🙂

baru je masuk bilik, x sempat mandi pon… black out 2 kali dlm tempoh sekejap… ish ish…satu blok bangunan bergelap.. huhu! mlm tu aku yan n si dia keluar mlm lg… dinner kat noodle station, kulim landmark central…pas je abis dinner dlm kol 10… ingat nak karaoke ke.. boling ke.. wayang ke.. tgk2 mall2 yg satu2nya di Kulim itu.. tutup beroperasi kesemuanya kol 10 mlm… huhu! giler x happening… hahaha! marah si dia, kutuk kampung halamannya.. kulim tercinta! hehe… jgn marah syg! hee ;p

nasib baik otak geliga yan bawaklah kami melepak di old town kulim hi-tech sehingga jam 12tgh mlm… hehe! ada gak tempat leh lepak till midnite, baru meriah kan, ahahaha! Balik bilik, pas hanto si dia blk… aku terus tdo… bgn2 bekpes kat otel sambung tdo blk… pastu kol 11 lebey gerak g bukit mertajam… kenduri kawin belah sob.. dptlah jumpa pokya intan anak2 depa.. bocun…

Sekejap je rupa2 nya ikot jalan kampong dr Kulim ke Bukit mertajam…. Bocun sesat ikot peta dlm kad jemputan kawin tu… POkya yg dr Kulim pon leh sesat gak.. berjanggut kami tunggu kat wedding sob,, haha jgn marah pokya!

otw balik dr kenduri sob, ujan turun dengan lebatnya… aku yan n si dia balik ke umah si dia.. bakal mak mertua (ops) hehe.. insyaAllah.. dah masak laksa penang tu.. aku kan xmakan sgt laksa penang, siap makcik buat kuah laksa penang yang bersantan lemak berkrim disukai aku.. hahahaha! lepak kat taman selasih.. makan2… si dia masak pon pandai wat, buat puding…. dan menjamu kami makan! kenyang yg amat kami ptg tu.. huhu! masa tu makcik dan adik si dia x blk lagi…makanya aku yan makan banyak x hingat…hohoho!

waktu berlepas flight aku nak balik makin hampir…aku pon bersiap2 dan mandi… dan depa semua hanta aku ke airport penang…sedih siot skejap je kami jumpa! insyaAllah, ku percaya ada cinta “long distance+term relationship” ini masih relevan dengan kami…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s