Percutian keluarga yg tinggal dalam kenangan pahit & manis…6&7 mac 2010

tanggal 6 & 7 mac 2010 yang lepas, abangku telah membuat tempahan utk menginap di banglo rumah rehat KWSP di batu 10, telok kemang port dickson.. semua ahli keluarga hadir kecuali kakak sulungku, Engku Zalifah yang ada banyak kerja perlu diuruskan, tetapi anak2 beliau Aimuni & Akif menyertai kami.

Kami tiba di Rumah No. 4 itu sekitar jam 4 petang lebih, agak lambat bertolak dr Nilai Impian….. kerana abang aku pagi tu ada tournament bowling kat Selayang Mall bsama2 ofismate2 beliau yg lain.. Akak iparku, Rusliyatul Yaumi pon menunggu bagai nak rak dengan Akhtar di rumah kat rawang…

nak dijadikan cerita, petang itu semasa ketibaan kami ada seorang pak guard meronda… pak guard ni agak tua dan gemuk (sedapnya mengata orang) hehehe!

dipendekkan cerita, selepas malam ber BBQ pada 6 hb mac mlm…. masing2 seronok makan, sembang, kekenyangan yang amat.. maka malam itu masing2 masuk tidur dalam jam 12tgh malam… kecuali akak aku, Engku Zarina yang masih menonton TV di tingkat bawah sehingga jam 2 pagi.. sebelum aku naik atas dan masuk bilik pon, aku sudah pastikan kesemua pintu berkunci… dan lebih yakin lagi, Erin (akak aku) sebelum dia naik dan habis nonton TV dia sekali lagi pastikan yang kesemua pintu &tingkap berkunci…

sebenarnya sekitar jam 12tgh mlm-2pg, aku tak tido lagi pon… aku duk layan FB dalam kegelapan…. ayah aku, Engku Ibrahim (KU) & adik aku, Engku Zainuddin (Achik) sudah nyenyak tidur di atas dua single bed yg berasingan…. 2 adik aku, Engku Zaidi (Ateh) & Engku Zulfahmi (Ucu) yang lain tidur di bilik satu lg.. dua single bed gak…. bilik kami dan bilik depa bersambung melalui bilik air… namun bilik mereka pintu berkunci.. namun bilik aku tidak berkunci…

Abang aku, Engku Zailani (Angah) & Kak Iparku, (Kak Mi) & Akhtar tidur di bilik tidur utama dan pintu bilik mereka tertutup…

Akak aku, Engku Zarina (Cik Na aka Erin) & Adik aku, ENgku Zatil Aqmar (Cik ma) tidur bersama2 dengan kempat2 anak2 buahku yang tidur bergelimpangan di atas tilam2 berlantaikan kapet di bilik kedua…sambil pintu bilik mereka pon tidak tutup dengan rapat.

Dalam tidak sedar, awal pagi 7hb Mac 2010 rumah kami menginap untuk percutian itu dimasuki pencuri…. Kejadian itu disedari bila mana, Ku yang bangun seawal jam 6.15 pagi untuk solat subuh…

Sebelum kejadian itu, aku tidur2 ayam sebab rasa gatal2 macam kena gigit nyamuk…tidur yang tidak nyenyak…jam 3-5pagi, hujan turun dengan lebatnya…aku perasan akan hujan lebat itu… aku layan FB pon sehingga jam 2 pagi.. sedar2 aku tertido dan bangun balik jam 5 pagi…..sebab xleh tido dah..

rupa2 nya masa aku sedar jam 5 pg tu, rumah itu sudah dimasuki pencuri, sangat kasihan! menurut adik aku, achik aka uja… masa dia bangun kol 4 pagi… dia turun minum air dr peti ais di dapur, sliding door kat dapur tu masih tertutup.. kesimpulannya, pencuri itu buat kerja sekitar jam 4-5pg dalam keadaan tergesa2 dan sangat kelam kabut kot…

berbalik kepada ayah aku bangun kol 6 suku pagi, sedar2 beliau tanya henpon dia di mana? aku pon ckplah mungkin beliau salah letak atau anak buah aku main henpon malam sebelum dia tido…. aku cuba miskol, tapi tak dapat.. masuk voice mail… pelik jugak kan? masih lagi buat2 tak tau seolah2 takda apa2 terjadi…

sehinggalah adik aku JD aka ateh bangun, dia solat subuh dan turun bawah.. terjumpa beg duit aku tercampak di bawah…. dia naik atas dan tanya aku, eh, beg duit mung ado duit dok? beg duit letok ngokse (merata2)!

aku pon cakap ada la.. 200 lebey, baru withdraw mareng… (smlm ptg).. huhu, tengok2 cash dlm wallet itu sudah lesap…… maka bermulalah episod kami buat spot check brg2 yg hilang dan dapati….

brg2 yang hilang, kesemuanya dr bilik aku tido di atas.. dan brg2 yg ada di tingkat bawah…pencuri itu berani masuk bilik sebab, mungkin aku ayah aku dan adik aku tidur nyenyak dalam keadaan pintu bilik terbuka… dia pon nampak wallet aku ada atas meja di sudut bilik atas meja lampu… tolak pintu bilik tu, rupa2 nya memang tidak berbunyi…(polis buat pon terbukti tidak berbunyi) huhu!

dicurinya, henpon adik aku, henpon ayah aku, duit cash dr wallet aku 200 cash dr wallet adik aku 50, kamera kesayanganku T700 bersama chargernya sekali… dan beg kecik adik aku… huhuhu! dah tertulis tiada rezeki aku… makanya aku reda dan pasrah..

pergilah aku ke balai polis telok kemang utk membuat laporan polis, lama gak kena tunggu.. sebab kena ikut giliran ada 3 pegawai AADK pon ingin membuat laporan polis berkenaan tangkapan mereka dalam operasi smlm…

Selesai kami membuat laporan polis, gang2 banglo CIMB pon menerima nasib seperti kami dan telah membuat laporan polis…

Pihak polis datang melawat tempat kejadian sekitar jam 12 tgh hari….  Sekian!

About these ads

2 thoughts on “Percutian keluarga yg tinggal dalam kenangan pahit & manis…6&7 mac 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s